Posts

Kasih Sayang

Image
  KASIH SAYANG Kasih dan sayang adalah rahmat tuhan Yang tercipta dalam diri semua Tak perlu ada perasaan benci Semua insan mahu disayangi Kasih dan sayang memberi bahagia Pada hati restui penerima Dengan kasih sayang terasuh peribadi Membentuk hidup yang lebih harmoni Tanpa kasih dan sayang Tidak akan sempurna pada ciptaan bernama manusia Tanpa kasih dan sayang Tidak akan tercipta kehidupan yang bahagia Kasih dan cinta membaharui kehidupan Semua insan memerlukan ketabahan Dengan sifat mahmudah menjadi panduan diri Agar hidup yang lebih harmoni Tanpa kasih dan cinta Tidak akan sempurna perpaduan sesama  manusia Tanpa kasih dan cinta Tidak akan tercipta minda cemerlang kasih yang gemilang NAMA:DINAHASHINI BABU RAMACHANDRAN(33DCE17F1010) DEEVIYATHARSHINI ARMUGAM(33DCE17F1009) ABHIRAAMEE ANNAMALLAI(33DPE17F1014) HEAMAWATHI MANISEKAR(33DPE17F1042) NITHIAKALYANI ELLANGO(33DCE17F1041)

Definisi Kasih Sayang

Image
Definisi kasih sayang Kasih sayang adalah perasaan sayang, perasaan cinta atau perasaan suka kepada seseorang. Apabila suatu hubungan cinta diakhiri dengan sebuah pernikahan maka hal ini akan  menimbulkan perasaan yang lebih dewasa lagi dan juga menuntut agar suatu hubungan tersebut lebih bertanggung jawab, perasaan inilah yang disebut dengan kasih sayang. Berbicara soal mengenai kasih sayang tentu tak lepas dari cinta. Oleh karenanya antara kasih sayang, cinta dan kemesraan tak bisa pisah-pisahkan meskipun semua beda penegertian, sebab semuanya saling mengaitkan. Cinta adalah sebuah perasaan yang diberikan oleh Tuhan pada sepasang manusia untuk saling mencintai, saling memiliki, saling memenuhi, saling pengertian.  Manusia dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga yang tertentu. Sebagai sebuah institusi sosial yang asas, keluarga mempunyai pengaruh dalam mewujud dan membentuk satu masyarakat penyayang di mana ahli-ahli komuniti berhubung rapat antara satu dengan la...
Image
Kesan kekurangan kasih sayang dalam kalangan pelajar.  Ibu bapa merupakan benteng pertahanan kita sama ada dari segi mental mahupun dari segi fizikal. Maka, ibu bapa berperanan penting sebagai entiti mithali untuk menyerap nilai murni ke dalam sanubari anak. Terdapat beberapa kesan  kekurangan kasih sayang dalam kalangan pelajar.         Antaranya, ialah mereka akan terdurung untuk terjebak dalam kancah negatif seperti vandalisme, gengsterism dan lain-lain. Sudah terang lagi bersuluh, kebanyakan pelajar yang terjebak dalam gelaja sosial datang daripada bekurangan kasih sayang ibu bapa.          Seterusnya, ialah mereka akan menghadapi tekanan. Mereka akan mencari kaedah untuk melepaskan kemarahan dan tekanan mereka. Misalnya, menghisap dadah, ponteng kelas, buli dan lain-lain. Mereka juga akan mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai pelajar  dan asyik menggunakan jalan belakang untuk menyelesaikan masalah di tem...
Image
Cara-cara mengatasi kekurangan kasih sayang dalam kalangan pelajar.  Dalam menelusuri isu yang serius ini, ibu bapa menggalas tanggungjawab unutuk berkomunikasi dengan anak. Keluarga merupakan nukleus masyarakat dan ibu bapa merupakan insan yang terdekat dengan anak. Bayangkanlah, apakah perasaan anak sekiranya dibiarkan bersendirian di rumah sementara ibu bapa begitu serakah memburu kekayaan? Kekecewaan dan kekosongan jiwa yang menyelubungi hati remaja sudah pasti akan mengheret mereka ke lembah durjana. Rentetan itu, ibu bapa sayugia memperdanakan perkembangan emosi anak-anak. Walaupun sibuk dengan tugasan kerja yang menggunung, ibu bapa perlulah meluangkan masa untuk berkomuikasi dengan anak. Sebagai pendengar yang setia, mereka perlulah sabar mendengar masalah dan luahan hati remaja. Dengan ini, pelajar tidak berasa tersisih dan seterusnya terjerumus dalam lembah kehinaan. Oleh itu, memang tidak boleh disan...
Image
  Kesimpulan Intihanya, ibubapa merupakan mercu tanda kemakmuran negara dan menggalas tanggungjawab yang berat untuk mendidik anak-anak. Ibu bapa mestilah menjalankan obligasi masing-masing dengan tidak melepaskan batuk di tangga. Jikalau anak-anak kini berjaya membentuk keperibadian yang mulia, sudah tentu anak remaja yang merupakan pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara ini dapat menjadi pemimpin yang berkaliber kelak. Impian mantan Perdana Menteri kita untuk membentuk sebuah negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang dapat dimakbulkan, sekali gus  menjadikan negara Malaysia berdiri gah di persada dunia.        Ibubapa  berperanan  dalam membentuk keperibadian remaja sejak kecil lagi.Oleh itu,Ibu bapa sepatutnya menjadi teladan yang baik sebelum mereka mengajar anak-anak mereka.Jika kasih sayang dan perhatian yang mencukupi dapat diberikan oleh ibu bapa, kasih sayang antara ibu bapa dengan anak terlalu erat. ...