Cara-cara mengatasi kekurangan kasih sayang dalam kalangan pelajar. 

Image result for kasih sayang terhadap keluarga
Dalam menelusuri isu yang serius ini, ibu bapa menggalas tanggungjawab unutuk berkomunikasi dengan anak. Keluarga merupakan nukleus masyarakat dan ibu bapa merupakan insan yang terdekat dengan anak. Bayangkanlah, apakah perasaan anak sekiranya dibiarkan bersendirian di rumah sementara ibu bapa begitu serakah memburu kekayaan?

Kekecewaan dan kekosongan jiwa yang menyelubungi hati remaja sudah pasti akan mengheret mereka ke lembah durjana. Rentetan itu, ibu bapa sayugia memperdanakan perkembangan emosi anak-anak. Walaupun sibuk dengan tugasan kerja yang menggunung, ibu bapa perlulah meluangkan masa untuk berkomuikasi dengan anak. Sebagai pendengar yang setia, mereka perlulah sabar mendengar masalah dan luahan hati remaja. Dengan ini, pelajar tidak berasa tersisih dan seterusnya terjerumus dalam lembah kehinaan. Oleh itu, memang tidak boleh disangkal lagi bahawa komunikasi dan interksi yang sihat antara ibu bapa dengan anak akan membentengi remaja daripada gejala negatif.


Antaranya, ibu bapa perlulah berusaha mengeratkan hubungan kekeluargaan dan mencurahkan kasih sayang kepada remaja. Majoriti jenayah juvenil dan gejala negatif berpunca daripada faktor kepincangan keluarga. Sebagai insan yang mengharapkan kesejahteran hidup, kita sememangnya mendahagakan kasih sayang dalam sesebuah keluarga.Apabila berdepan dengan keluarga yang huru-hara, remaja terdorong untuk melepaskan diri daripada tekanan jiwa dan mencari jalan penyelesaian yang salah.  Justeru, adalah menjadi peranan ibu bapa untuk mengambil berat akan anak dan mencurahkan kasih sayang kepada meraka. Ibu bapa sayugia berusaha mewujudkan keluarga sakinah dan harmonis dengan melakukan aktiviti berfaedah dengan anak. Tamsilnya, ibubapa boleh berkelah dan melancong bersama-sama seisi keluarga untuk menyimpulkan ikatan kasih yang erat antara anggota keluarga. Maka jelaslah bahawa hubungan intim antara ibu bapa dengan remaja merupakan benteng pertahanan untuk terhadap gejala negatif dan salah laku remaja.

Image result for kasih sayang terhadap keluarga

Sementelahan itu, ibu bapa sayugia memantau pergerakan dan pergaulan anak yang meniti alam remaja. Gejala-gejala buruk seperti melepak, pergaulan bebas dan penyalahgunaan dadah disebabkan oleh pengaruh rakan remaja. remaja yang kurang matang dan tidak berpendirian teguh akan kecundang semasa meniti alam remaja kerana terpengaruh dengan ajakan rakan untuk melakukan gejala negatif. Lantaran itu, ibu bapa perlulah mengambil inisiatif dengan mengambil berat akan aktiviti-aktiviti anak dan mengenali rakan karib mereka. Kendatipun demikian ibu bapa tidak harus keterlaluan sehingga menyebabkan remaja beranggapan bahawa diri mereka terkongkong sehingga hilang kebebasan. Apabila mendapati bibit kebejatan moral dalam diri anak yang berpunca daripada pengaruh rakan, ibu bapa perlulah menasihati anak agar kembali ke pangkal jalan dengan tenang dan sabar,bukannya dengan tengkingan dan api kemarahan yang mengakibatkan pemberontakan anak. Mesejnya jelas ibu bapa haruslah mengambil berat akan pergerakan anak.


Image result for kasih sayang terhadap keluarga

Dengan ini dapatlah disimpulkan bahawa ibu bapa sayugia memulakankomunikasi sihat dengan anak. Selaini itu, didikan agama, kasih syaang danpemantauan adalah perlu untuk memastikan remaja terlindung daripada ombak gejala negatif. Sesungghnya, remaja merupakan pelapis jentera pentadbiran dan aset negara yang paling berharga. Suatu hari nanti mereka akan mewarisi tampuk pemerintahan negara. Justeru, kita tidak ingin melihat pemimpin masa depan ini menjadi golongan yang rendah akhlak. Sekiranya gejala negatif dibiarkan berlanjutan, ini akan menjahanamkan keturunan kita buat selama-lamanya. Oleh itu, sebelum bangsa ditelankemusnahan, adalah menjadi tanggungjawabibu bapa untuk meyelamatkan anaknya.   

 

Comments

Popular posts from this blog

Definisi Kasih Sayang