Posts

Showing posts from February, 2018
Image
Kesan kekurangan kasih sayang dalam kalangan pelajar.  Ibu bapa merupakan benteng pertahanan kita sama ada dari segi mental mahupun dari segi fizikal. Maka, ibu bapa berperanan penting sebagai entiti mithali untuk menyerap nilai murni ke dalam sanubari anak. Terdapat beberapa kesan  kekurangan kasih sayang dalam kalangan pelajar.         Antaranya, ialah mereka akan terdurung untuk terjebak dalam kancah negatif seperti vandalisme, gengsterism dan lain-lain. Sudah terang lagi bersuluh, kebanyakan pelajar yang terjebak dalam gelaja sosial datang daripada bekurangan kasih sayang ibu bapa.          Seterusnya, ialah mereka akan menghadapi tekanan. Mereka akan mencari kaedah untuk melepaskan kemarahan dan tekanan mereka. Misalnya, menghisap dadah, ponteng kelas, buli dan lain-lain. Mereka juga akan mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai pelajar  dan asyik menggunakan jalan belakang untuk menyelesaikan masalah di tem...
Image
Cara-cara mengatasi kekurangan kasih sayang dalam kalangan pelajar.  Dalam menelusuri isu yang serius ini, ibu bapa menggalas tanggungjawab unutuk berkomunikasi dengan anak. Keluarga merupakan nukleus masyarakat dan ibu bapa merupakan insan yang terdekat dengan anak. Bayangkanlah, apakah perasaan anak sekiranya dibiarkan bersendirian di rumah sementara ibu bapa begitu serakah memburu kekayaan? Kekecewaan dan kekosongan jiwa yang menyelubungi hati remaja sudah pasti akan mengheret mereka ke lembah durjana. Rentetan itu, ibu bapa sayugia memperdanakan perkembangan emosi anak-anak. Walaupun sibuk dengan tugasan kerja yang menggunung, ibu bapa perlulah meluangkan masa untuk berkomuikasi dengan anak. Sebagai pendengar yang setia, mereka perlulah sabar mendengar masalah dan luahan hati remaja. Dengan ini, pelajar tidak berasa tersisih dan seterusnya terjerumus dalam lembah kehinaan. Oleh itu, memang tidak boleh disan...
Image
  Kesimpulan Intihanya, ibubapa merupakan mercu tanda kemakmuran negara dan menggalas tanggungjawab yang berat untuk mendidik anak-anak. Ibu bapa mestilah menjalankan obligasi masing-masing dengan tidak melepaskan batuk di tangga. Jikalau anak-anak kini berjaya membentuk keperibadian yang mulia, sudah tentu anak remaja yang merupakan pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara ini dapat menjadi pemimpin yang berkaliber kelak. Impian mantan Perdana Menteri kita untuk membentuk sebuah negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang dapat dimakbulkan, sekali gus  menjadikan negara Malaysia berdiri gah di persada dunia.        Ibubapa  berperanan  dalam membentuk keperibadian remaja sejak kecil lagi.Oleh itu,Ibu bapa sepatutnya menjadi teladan yang baik sebelum mereka mengajar anak-anak mereka.Jika kasih sayang dan perhatian yang mencukupi dapat diberikan oleh ibu bapa, kasih sayang antara ibu bapa dengan anak terlalu erat. ...